Cara Daftar PADU 2024 Kemaskini Sistem Pangkalan Data Utama

malaysia madani padu
Cara Daftar PADU 2024 Kemaskini Sistem Pangkalan Data Utama. Info cara membuat pendaftaran PADU dengan betul dan tepat serta kenali PADU.

Kerajaan telah melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang berobjektif mensasarkan pemberian bantuan dan subsidi supaya diterima oleh warganegara Malaysia yang benar-benar layak.

Selain itu, Sistem Pangkalan Data Utama yang dibangunkan ini tepat pada masanya memandangkan ia selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dan penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Daftar Dan Kemaskini PADU

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dari golongan individu mahupun isi rumah disarankan untuk mendaftarkan maklumat diri dalam Sistem Pangkalan Data Utama serta boleh mengemas kini maklumat bermula 2 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.

Kenapa Perlu Daftar Dan Kemaskini PADU

Ia penting bagi memastikan rakyat yang terdiri dari golongan atau kumpulan sasar layak menerima setiap manfaat yang diumumkan oleh kerajaan seperti subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial supaya tidak tercicir daripada menerima setiap program mahupun skim bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.

Melalui sistem ini juga, kerajaan dapat memperoleh data maklumat lebih efisien dan komprehensif berhubung dengan situasi sosioekonomi bagi memenuhi sasaran sistem bantuan sosial.

Mengenali Sistem Pangkalan Data Utama

Sebelum memulakan sebarang proses pendaftaran ataupun kemaskini, pastikan anda memahami terlebih dahulu sistem PADU. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tepat mengenai sistem ini melalui Soalan Lazim yang diterbitkan di Portal Rasmi. Sila layari pautan berikut https://www.padu.gov.my/soalan-lazim

Cara Pendaftaran Dan Kemaskini PADU

Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama boleh diakses bermula pada 2 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024. Berikut adalah panduan ringkas berhubung dengan cara pendaftaran dan kemaskini.

Sila akses pautan https://www.padu.gov.my/auth/daftar untuk tujuan pendaftaran akaun. Anda perlu melengkapkan setiap maklumat asas yang perlukan dan ikuti turutan langkah setiap peringkat seterusnya.

daftar padu online

Setelah berjaya melakukan pendaftaran akaun, anda boleh Log Masuk untuk mengakses sepenuhnya sistem Pangkalan Data Utama bagi tujuan melengkapkan segala butiran maklumat diri yang diperlukan.

Pada peringkat ini anda dikehendaki untuk melakukan semakan data dengan mengemas kini serta mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

Maklumat Lanjut Sistem Pangkalan Data Utama

Anda disarankan hanya mendapatkan maklumat lanjut menerusi Portal Rasmi Pangkalan Data Utama di pautan https://www.padu.gov.my bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat.