Keputusan Terkini Terengganu FC Piala AFC (AFC Cup) 2023 Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Perlawanan

Terengganu FC kembali membawa pasukan ke pentas Asia apabila layak menyertai kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) musim 2023.

Faktor Terengganu FC Layak Ke Saingan Piala AFC 2023

Pasukan Terengganu FC layak mewakili kelab pasukan Liga-Malaysia untuk beraksi pada saingan Piala AFC musim 2023 apabila menjadi naib juara Liga Super musim lalu (2022).

Undian Kumpulan Pasukan Piala AFC 2023

Hasil daripada undian yang telah dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meletakkan Terengganu FC berada di kumpulan G bersama pasukan Bali United (Indonesia), Stallion Laguna F.C. (Philippines) dan Central Coast Mariners FC (Australia).

Ringkasan Mengenai Format Pertandingan Piala AFC 2023

  1. Saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 merupakan edisi ke-20 membabitkan penyertaan 36 pasukan telah di undi mengikut 9 kumpulan masing-masing yang menyaksikan setiap kumpulan di huni oleh empat pasukan.
  2. Perlawanan peringkat kumpulan dimainkan secara timbal balik (dua perlawanan setiap pasukan) ditempat sendiri dan lawan.
  3. Pasukan yang berjaya menjadi juara kumpulan akan layak ke peringkat saingan kalah mati (separuh akhir) zon manakala pasukan naib juara berpeluang layak berdasarkan pengiraan dan perbandingan serta pungutan mata paling tinggi di antara naib juara kumpulan-kumpulan lain.
  4. Saingan peringkat kalah mati (separuh akhir) antara zon bagi Zon Asean dan Zon Asia Tengah (Central Asia Zone) secara keseluruhannya membabitkan 4 pasukan.
  5. Pemenang peringkat separuh akhir ini akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut tempat ke play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone – Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) yang melibatkan 4 pasukan keseluruhan.
  6. Pemenang peringkat play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone) akan layak ke perlawanan play-off akhir (final) Inter-zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) dan Zon Asia Barat yang membabitkan 4 pasukan.
  7. Perlawanan akhir sebenar saingan Piala AFC 2023 akan menemukan pemenang play-off akhir Inter-Zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) menentang pemenang akhir Zon Asia Barat (West Asia Zone).

Senarai 4 Pasukan Kumpulan G Piala AFC (AFC CUP) 2023

Berikut adalah senarai empat kumpulan yang menghuni kumpulan G bagi saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2023/2024.

Senarai Pasukan Kumpulan G AFC CUP 2023/2024
GGPasukan
bali united afc cupBali United
stallion laguna afc cupStallion Laguna F.C.
central coast mariners afc cupCentral Coast Mariners FC
terengganu afc cupTerengganu FC

Kelebihan Menjadi Juara Piala AFC 2023

Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC 2023 akan layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2024 (ACL) tanpa melalui play-off kelayakan.

Keputusan Terengganu FC Piala AFC 2023 Kedudukan Carta Terkini Dan Jadual Perlawanan

Berikut merupakan pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, keputusan dan kedudukan carta Terengganu FC dalam kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 bermula dengan saingan peringkat kumpulan.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Terengganu FC Peringkat Kumpulan Piala AFC 2023

Jadual Dan Keputusan Terengganu FC Kumpulan G Piala AFC (AFC CUP) 2023
Tarikh  MasaTuan RumahKeputusanPelawat
20 September – Rabu
8:00PMTerengganu10C.C. Mariners
4 Oktober – Rabu
8:00PMBali UnitedTerengganu
26 Oktober – Khamis
8:00PMTerengganuStallion
Timbal Balik
8 November – Rabu
8:00PMStallionTerengganu
29 November – Rabu
4:00PMC.C. MarinersTerengganu
13 Disember – Rabu
8:00PMBali UnitedTerengganu
Kedudukan Carta Terkini Terengganu FC Kumpulan G Piala AFC (AFC CUP) 2023
GGPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bali united afc cupBali United110052+33
2terengganu afc cupTerengganu FC110010+13
3central coast mariners afc cupC.C. Mariners100101-10
4stallion laguna afc cupStallion Laguna100125-30
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata
Petunjuk Warna Dalam Carta
Mara Ke Separuh Akhir ZonBerpeluang Mara Ke Separuh Akhir ZonTersingkir