Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2021 Ramadhan seluruh negeri
Jadual Waktu Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Dan Waktu Imsak Semua Negeri. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah dan pastinya jadual waktu berbuka puasa Ramadhan terbitan JAKIM akan menjadi rujukan.
Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan kita diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan) kali ini. Ketibaan Ramadhan sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia kerana Ramadan adalah bulan yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai Syahrul Magfirah (bulan keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan pembebasan dari api Neraka).
Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita boleh menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.
Umat Islam perlu memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada bulan Ramadan kerana bulan yang penuh rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja seandainya keistimewaan yang dikurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang.
Senarai sub-tajuk Artikel
Jadual Waktu Berbuka Puasa Ramadhan Dan Imsak 2021 Seluruh Negeri Malaysia
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut Infosentral sertakan lampiran data jadual waktu imsak dan berbuka puasa di bulan Ramadan bagi tahun 1442 Hjirah bersamaan 2021 Masihi untuk seluruh zon-zon dan kawasan di seluruh negeri di Malaysia mengikut jadual rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebagai makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka Puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setiap tahun akan menjadi rujukan umat Islam di Malaysia merancang waktu yang sesuai untuk sahur (waktu terbaik bersahur adalah waktu yang hampir dengan azan Subuh) serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.
Pautan Jadual Waktu Buka Puasa Bulan Ramadhan Dan Imsak 2021 Seluruh Negeri Di Malaysia | ||
Nota: Sila klik pada setiap nama negeri di bawah untuk mendapatkan info jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak bagi zon serta kawasan negeri masing-masing. | ||
Perlis | Kedah | Pulau Pinang |
Perak | Kuala Lumpur | Putrajaya |
Selangor | Negeri Sembilan | Melaka |
Johor | Pahang | Terengganu |
Kelantan | Sarawak | Sabah |
Labuan |